Jumaat, 11 Mei 2012

FIKRAH KESEDERHANAAN

Sahabat Nabi Mu'az r.a. semasa menjadi imam solat,beliau  memanjangkan bacaannya,sehingga orang mengadu kepada Nabi SAW.Lantas Nabi SAW berkata sebanyak tiga kali "Adakah engkau hendak membuat FITNAH ya Mu'az(H.R Bukhari).Satu ketika Nabi SAW telah berpesan kepada Mu'az dan Abu Musa sebagai utusan ke Yaman,katanya"Permudahkanlah dan jangan dipersukarkan,gembirakanlah dan jangan liarkan,hendaklah saling berkeleraan dan jangan berselisih". Saidina Umar R.A berkata"Jangan kamu jadikan Allah dibenci oleh hamba-hamba Nya,iaitu ada seorang kamu jadi imam,lalu ia memanjangkan sembahyangnya bersama kamu,sehingga mereka benci apa yang sedang mereka lakukan.
Mengikut kebiasaan, amalan dan sikap yang melampau  tidak akan berkekalan ,kerana manusia lekas jemu sedangkan tenaganya terbatas,Nabi SAW.bersabda"Tidak akan sampai ke tempat yang ditujunya dan tidak akan kekal di atas binatang tunggangnya"( Diriwayat oleh Al Bazzar dari Jabir ,sanad dhaif) maksudnya orang yang mencederakan untanya dengan memberatkan dengan muatan yang lebih, tidak akan sampai ke tempat yang dituju dan juga tidak akan kekal di atas binatang itu.Oleh itu buatlah amal yang sederhana tapi berkekalan.Nabi SAW bersabda"Sesungguhnya agama itu mudah .Tiada seorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya,maka laksanakanlah dengan benar, yang lebih hampir serta berharaplah..."(H.R Bukhari,Nasai dari Abu Hurairah).Maka berkata seorang ulama dalam syarahnya"Tidak seorangpun yang
keterlaluan beribadah dan meninggalkan kelapangan,seperti rahib,melainkan ia lemah dan dikalahkan.
Bahawa sikap keterlaluan atan melampau tidak sunyi dari perlanggaran hak-hak orang lain yang wajib dipelihara sepertimana kata seorang hukama" Tidak aku lihat belebih-lebihan melainkan disampingnya ada hak yang disia-siakan,bermaksud akan terjadi perlanggaran akan hak-hak orang lain. Salman al Farisi r.a. parnah menasihati Abu Dardak kerana kertelaluan beribadah,.  katanya"Sesungguhnya Tuhanmu ada hak yang menjadi kewajipan atasmu, bagi dirimu ada hak yang menjadi kewajipan atasmu ,bagi keluargamu ada hak yang menjadi kewajipan atasmu, maka berikanlah tiap-tiap yang mempunyai hak itu akan haknya"Kemudian Abu Dardah mengadu perkara itu kepada Nabi SAW.Berkata Nabi SAW"Benar Salman(H.R.Bukhari,dan Tirmizi).

Rabu, 9 Mei 2012

Pertengahan dan Kesederhanaan

Jadilah umat Islam yang adil dan sederhana ,berjalan dilandasan  pertengahan yang lurusyang akan, menjadi saksi di dunia dan akhirat. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Ibnu Abas r.a. Nabi barsabda 
"Jauhilah melampau dalam agama.Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam 
agama". Orang-orang sebelum kamu adalah penganut agama terdahulu iaitu Ahli Kitab kaum Nasara.